Tuesday, May 23, 2017

BELAJAR MATEMATIK DI MANA-MANA…..

Anda suka belajar matematik?

Aku sangat suka dengan subjek matematik, kerana boleh belajar di mana-mana, selalunya aku akan belajar pada waktu pagi ketika memandu ke pejabat.

Bagaimana?

Aku jenis suka memandu sambil melihat papan tanda di jalan raya dan melihat meter kelajuan kereta aku. Walaupun sekarang ada aplikasi waze yang data memberikan jarak dan tempoh masa tiba dengan tepat, tetapi aku suka mencongak

Macam pagi tadi aku terkeluar rumah lewat, kira ada lagi satu jam sebelum punch card akan merah. Jadi aku memandu sambil melihat papan tanda.

“Ok jarak rumah 80 km dari pejabat, aku ada masa sejam lagi. Jadi aku mesti memandu dengan kelajuan lebih daripada 80 km/j”

Ini kerana rumus laju ialah jarak bahagi masa.

Biasanya aku akan memandu paling maksimum yang dibenarkan iaitu 110 km/j, bagi ada waktu kecemasan untuk kesesakan jalan raya, untuk naik lif, dan lain-lain kecemasan.

Dan pagi tadi ada berlaku kesesakan jalan raya dan aku berjaya melepasinya,  tinggal jarak 40 km lagi sebelum sampai pejabat dan aku hanya ada masa dalam 20 minit. Apabila aku mencongak

Laju = jarak / masa = 40 / 0.3 = 120 km/j

Aku perlu memandu lebih daripada 120 km/j……Dan aku Berjaya sampai tepat-tepat pukul 8.00 pagi tadi hehehe…. Esok kita belajar lagi matematik…

Nota:
Dalam media sosial pun kita boleh belajar matematik tau heheh



1. Nak tahu tips tentang wanita, love dan dating? Klik SINI
2. Peminat Neelofa wajib tengok INI

Wednesday, May 3, 2017

RILEKS…..DOSA KECIL JE!!!

DOSA!!!!

Besar ke kecil??

Semua orang pasti pernah melakukan dosa tidak kira dosa kecil atau dosa besar…..Contohnya anda bergurau dengan menipu “sunat”, maka anda telah melakukan dosa tanpa sengaja.

Why so serious?

Sebenarnya, jika dibiarkan terus dosa-dosa kecil itu, ia akan menjadi lebih besar kemudiannya. Apabila sudah besar, ia sudah terlambat melainkan taubat nasuha.

DAN

Jangan dilihat dosa itu BESAR atau KECIL, tetapi lihatlah dengan siapa kita berdosa. Sentiasa la cuba meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain setiap hari, dan cubalah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Bukankah kita diminta untuk menjadi lebih baik pada hari ini berbanding semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini?

Sekadar teguran untuk orang yang disayang!!!

Nota:
1.       Pengguna maxis sila klik SINI, yang lain jangan ngada-ngada!!
2.       Kucing ke harimau ni?? Klik SINI

Tuesday, May 2, 2017

KOMUNIKASI JALAN TERBAIK…..

Komunikasi!! Komunikasi!! Komunikasi!!

Bagi aku,

Tiada masalah tidak boleh diatasi dengan komunikasi…..

Aku percaya, dengan komunikasi semua masalah boleh di atasi…..aku pernah gaduh besar, gaduh kecil, gaduh sedang-sedang tetapi dengan berkomunikasi, semua masalah boleh di atasi. Dengan syarat, rendah diri, percaya dan jujur dalam berkomunikasi.

Aku biasanya pilih untuk berkomunikasi dan memberi penerangan pada apa yang tidak jelas. Biar apa punca atau ketidakpuasan hati, diselesaikan segera. Sebab aku ini jenis malas pening-peningkan kepala berkaitan isu yang boleh diselesaikan, sebab dunia ini bukan untuk dirisaukan tetapi di uruskan.

Syukur, setakat ini pendekatan yang aku guna ini….selalu tidak membawa sesuatu isu itu terlalu lama, sebab aku sayang sesuatu perhubungan itu. Ada sebab kenapa ALLAH temukan kita!!!

Latihlah diri untuk berkomunikasi dan mendengar!!!


Nota:
1. Onion Ring paling sedap di SINI
2. Pakaian orang kita dulu-dulu, kelakar!! Cuba lihat di SINI
3. Hubungan cinta perlu jujur, cuba lihat INI

Sunday, April 30, 2017

MAKAN KISMIS NOMBOR GANJIL…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Dari tadi hujan sahaja, jadi aku tidak buat apa-apa…sahaja kemaskini blog ini, mana tahu ada peminat setia ke heheh

Hari ini sepanjang hari aku mengajar tuisyen sahaja di area Tangkak…. Pukul 3 petang, aku perlu mengajar dua orang adik beradik, fahmi dan hakim….darjah 6 dan tingkatan 3.

Aku pun tiba di rumah mereka, sampai sahaja di rumah itu, aku terlihat ada bekas kismis di atas meja, dan aku terbaca perlu makan dalam bilangan ganjil. Aku tak kisah!!! Aku pun memanggil si adik, fahmi untuk tuisyen terlebih dahulu. Si adik tengah mencari buku, si abang, hakim datang menunjukkan kertas peperiksaan matematiknya…. Siap cakap

“Cikgu matematik saya puji walaupun jarang masuk kelas tetapi markah ok”

Aku membelek satu per satu kertas matematiknya, banyak juga soalan yang mudah, tersalah buat… katanya lupa, tetapi aku tahu kemampuannya….boleh dapat lagi tinggi dari itu.

Hakim minta untuk tuisyen sama-sama dengan adiknya, aku okay sahaja.. Apabila dua beradik ini sudah bersedia di meja, aku melihat hakim membuka bekas kismis itu

“Abang, kena makan nombor ganjil”, kata adiknya

“Okay abang ambil tiga”, balas abang

“Adik pun nak”

“Ok nah 1”, abangnya memberi 1 biji kismis sahaja pada adiknya

“Satu bukan nombor ganjil”, balas adiknya

Aku tergelak melihat keletah adik beradik ini, kemudian aku menerangkan mengenai nombor ganjil dan genap. Akhirnya, adik mendapat 5 biji kismis. Yang penting lebih banyak daripada abangnya hehe

Dengan kismis pun, kita boleh belajar matematik!!!!

Nota:

1. Perlukah anda jujur dalam bercinta? Klik SINI
2. Tukang jahit terbaik di KL dan PJ di SINI
3. Maxis nak bagi SATU JUTA di SINI

Saturday, April 29, 2017

AMBIL KESEMPATAN….

Sudah lama aku tidak kemaskini blog ini, pasti ada yang dah rindu….

Korang pernah ambil tak kesempatan?? Pada sesiapa sahaja……

Ambil kesempatan atas orang yang baik dengan anda??

Aku pernah…Aku selalu ambil ‘kesempatan’ kepada abahku dulu, Kalau aku nak sesuatu, baru aku cari abah….kalau takde benda, aku tak cari abah…….

Kalau aku perlu tanda tangan sesuatu, baru aku cari abah…..Kalau tidak, aku tak cari abah…..

Apabila aku nak duit lebih, baru aku call abah……kalau tidak, abah yang selalu call aku tanya khabar……


Kini, abah dah tak cari aku….aku yang selalu cari abah….Rindunya aku pada abah, rindu yang aku tidak dapat luahkan. Peritnya!!! Hargailah orang sekeliling anda yang menyayangi anda…..Selagi boleh ungkapkan, luahkan lah…… Al fatihah untuk abah!!! Kalau aku dapat undurkan masa.....

Nota:
1. Perlukah anda jujur dalam hubungn cinta anda? Klik SINI
2. Kehidupan sebenar Neelofa di SINI
3. Pengguna Instagram pasti suka INI.

Thursday, April 20, 2017

KENAPA SUKA MENIPU???

Apa seronoknya menipu???

Teringin menjadi Pinocchio??

Sebenarnya, sesiapa yang kenal aku…pasti tahu aku paling benci orang yang menipu walaupun perkara kecil….lebih-lebih lagi apabila aku tahu aku di tipu….

Kebiasaanya, apabila aku tahu aku kena tipu, aku suka buat macam biasa dan tengok lakonan penipu itu. Penipuan akan terus mewujudkan penipuan lain dan pastikan anda ingat butir-butir penipuan itu hehehe

Kenapa tidak mahu bercakap benar?? Aku selalu yakin, kebenaran pasti akan muncul walaupun lambat. Dan kini, satu per satu telah kelihatan….hanya tunggu masa, peluang telah diberi banyak kali…. Hidung Pinocchio semakin panjang, semua orang mula sedar, bagaimana nak sembunyi lagi??

Teruskan menjadi pinocchio, aku tidak rugi walaupun hidung aku pesek!!!

Nota:

1. Ikuti tips pelajar cemerlang di SINI
2. Anda cantik dari kecil? Lihat SINI
3. Minat kerja anda. Bagaimana? Lihat SINI

Tuesday, April 18, 2017

TIADA MATLAMAT?

Anda tiada matlamat?

Anda tiada perancangan?

Kenapa anda hidup?

Anda gagal untuk merancang sebenarnya anda merancang untuk gagal. Sebenarnya semua perbuatan anda perlu dirancang, baru hidup anda teratur. Contohnya macam aku biasanya pagi-pagi aku akan buat “list to do”, atau senarai yang aku akan buat satu hari ini…. Tetapi rakan aku pernah kata

“tak best la hidup macam ni, macam robot…..semua di plan”

Tapi bagi aku, jika kita merancang atau meletakkan sasaran, kita lebih jelas apa yang hendak kita buat supaya kita tidak tersasar. Kalau tersasar pun, kita akan kembali ke jalannya.

Aku nak letak kahwin sebagai sasaran boleh tak tahun ini? Perancangan yang selalu aku gagal ialah nak kurus…..

Aku target hujung tahun ini aku ada empayar bisnes. Amin!!!


Nota
1. Nak jadi pelajar cemerlang? Ikut tips INI
2. Comelnya dia. Klik SINI

Sunday, April 16, 2017

SIAPA KAU?

“Saya nak kenal la awek itu”

“Nak berkenalan dengan awak boleh”

Sebelum kita cuba untuk mengenali diri orang lain, adakah kita sudah cukup mengenali diri sendiri?
Tepuk dada, tanya diri sendiri, Siapa aku?? Ada yang pernah tanya aku ni iban atau melayu…. haha

Cuba kenali diri sendiri dahulu baru boleh kenal diri orang lain. Apabila sudah kenal diri sendiri, baru mudah untuk kenal diri orang lain. Ini tidak, diri sendiri pun tidak difahami, ada hati nak kenal diri orang lain.

Cuba korang berdiri di hadapan cermin besar, lihat diri anda di dalam cermin itu… Jangan tengok sama ada anda hensem atau lawa, tetapi tanya pada diri sendiri, apa tugas kita di atas muka bumi ini? Jangan lupa, setiap orang adalah pemimpin….setiap orang adalah khalifah….adakah kita sudah menjalankan amanah itu? Kita paling koman adalah pemimpin kepada diri sendiri, adakah diri kita sudah terpimpin? Tanpa kita sedar, sebenarnya ada yang menjadikan kita contoh atau idola…. Paling kurang pun, adik kita, rakan serumah, junior akan melihat setiap gerak geri kita….mungkin akan menjadi ikutan tanpa sedar.

Ambil masa, renungkan diri kita sedalam-dalamnya, cari kelebihan dalam diri. Jangan asyik membandingkan diri dengan orang lain. Guna kelebihan yang ada ke jalan yang baik dan bermanfaat kepada orang lain. Kenalilah diri sendiri terlebih dahulu….


SIAPA KAU?

Nota:
1. Adakah awak cantik sejak kecil? Lihat SINI
2. Kerana we are famili.. Semua kenangan di SINI
3. Resipi ayam goreng best di SINI

RINDU….

Sudah sebulan lebih…..

Aku ditempat baru, tidak lagi mengajar……Bukan aku tidak suka tempat baru…. Ia lebih mencabar

Cuma aku rindu untuk mengajar….untuk melayan keletah mereka, untuk membuat pelbagai aktiviti bagi membentuk diri mereka…..bagi menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar.

Cikgu bukan sekadar mengajar di hadapan kelas sahaja, aku pernah menjadi penjaga beg sehingga 5-6 jam angkara mereka masuk eksplorasi Putrajaya dan lambat sampai di garisan penamat hehe..

Macam-macam kenangan dulu, aku akan terus simpan rapi dalam diri walaupun kemesraan tidak sama macam dulu.

“Tidak mahu menjadi permata yang hilang, tetapi menjadi permata yang bersinar”

Love KJ,


NOTA
1. Nak merasa naik kereta mini? Klik SINI
2. Tak perlu risau ayam goreng habis. Meh ambil resepi INI

Friday, April 14, 2017

JANGAN LONDEHKAN KAIN….

“Kamu jangan sibuk hal aku!!!, biarkan aku dengan hidup aku!!!”

Pernah tak korang kena herdik macam ini akibat memberi teguran pada seseorang? Aku sendiri pernah lihat, apabila seseorang memberi teguran pada sahabatnya.

Kita memang perlu menjaga tepi kain orang, tetapi bukan melondehkan kainnya. Maksudnya, jika kita nampak seseorang itu melakukan perkara-perkara yang dilarang, korang perlu menegurnya secara berhemah tetapi bukan menjaja ceritanya kepada orang lain. Jika korang tidak menegur, korang juga mungkin mendapat saham dosa itu atau dipersoalkan di kemudian hari kerana seperti menggalakkannya. Jadi tegurlah secara berhemah, teguran itu menandakan kita sayang.

“Biar kita jaga tepi kain orang, jangan melondehkan kainnya, supaya tidak terlambat sehingga orang lain menyarungkan kain pada diri kita (mati)”

Aku tidak suka pakai kain


Nota:
1. Jom ikut laman web bisnes baru aku di SINI
2. Nak memandu kereta mini idaman? Klik SINI
3. Cerita seram yang paling di takuti. Klik SINI
4. Awak cantik sejak dari kecil? Nak tahu bagaimana? Klik SINI

Sunday, April 9, 2017

KERANA SEPOTONG AYAT…..

Hati-hatilah dengan percakapan anda, walapun berniat untuk bergurau

Ini kerana sepotong ayat, hati boleh terguris sepanjang hayat, kau mungkin boleh jahit luka, tapi parut itu pasti akan ada…

Aku pernah alami, apabila bergaduh atau tengah marah, kita akan melepaskan semua tanpa berfikir kesannya….rasa puaskan!!!

Aku selalu pesan pada diri aku dan diri orang lain, hati-hati dengan percakapan dan tulisan anda, kita memang rasa puas melepaskan semua, tetapi kita tidak fikir kesannya….Bukankah lidah itu lebih tajam daripada sebilah pedang? Orang hebat adalah orang yang dapat mengatasi sifat marahnya.

Ini kisah benar, seorang pendidik kecil hati dengan pelajarnya….pelajar yang selalu berkongsi masalahnya dengan pendidik itu, Cuma satu hari pelajar itu menyatakan

“Puan jangan ambil tahu hal saya dan teman lelaki saya, kerana Puan hubungan saya tidak baik”

Ini gara-gara pendidik itu menegur perhubungan pelajar tersebut. Pendidik itu juga seorang manusia. Mahu melihat kejayaan anak muridnya. Tetapi kerana sepotong ayat itu, hatinya terguris, tidak ambil tahu mengenai pelajar itu walaupun ada perasaan sayang. Kini, pelajar tersebut gagal dalam semesternya.

Jadi hati-hatilah dengan percakapan dan penulisan anda, Bunga yang cantic jika di herdik, di marah dan di maki hari-hari pasti akan layu dan mati juga. Ini kan hati manusia!!!!


Nota
1.       4 kejutan terdapat dalam filem terbaru Fast & Furious yang tak dijangka. Klik SINI
2.       Kucing Nampak je comel, tetapi hati-hati…..Kenapa? Tengok SINI
3.    Peminat sushi wajib baca INI.
4.    Peminat meatball pula wajib baca INI


Thursday, April 6, 2017

INI BUKAN DI SYURGA…

Minggu ini, aku macam kaunselor…..banyak mendengar dan memberi pandangan aku… pada pelajar dan kawan-kawan.

“Kenapa orang aniaya aku?”

“Kenapa orang benci aku?”

“Kenapa dalam dunia ini ada orang pentingkan diri”

Ini kerana ia bukan di syurga. Biasalah dalam kehidupan, ada yang suka dan ada yang benci. Ada yang baik dan ada yang jahat. Susahlah kalau kamu hidup atas pandangan orang lain. Bagi aku, selagi melakukan sesuatu itu dengan tidak melanggar hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah, ia okay!!!

Tapi pastikan anda tidak melakukan atau membalas seperti apa yang mereka buat. Kalau tidak, apa beza anda dengan dia. Biar susah di dunia, tetapi bersenangan di syurga…


Nota
1.       4 kejutan terdapat dalam filem terbaru Fast & Furious yang tak dijangka. Klik SINI
2.       Kucing Nampak je comel, tetapi hati-hati…..Kenapa? Tengok SINI
3.    Awak memang cantik sejak kecil. Tengok INI
4.    Peminat sushi wajib baca INI.

AKU JUGA PUNYA HATI….

Semalam dapat whatsapp dari seorang pelajar

“saya rasa macam dunia ni tak suka saya dan semua orang tak suka saya. apa yang saya buat , saya cakap semua ada yang tak kena”

“Selalu kena marah. Saya pun punya hati”

Aku baca. Sunyi.

Aku pun tak tahu macam mana hendak nasihat, sebab aku pun selalu kena marah juga. Tetapi aku gembira. Dia sebenarnya, bagaimana kita melihat situasi itu. Kenapa orang itu marah kita? Ada yang marah sebab sayang kita, tak nak kita terus sesat dan melakukan kesalahan.

Tetapi kalau maki, kutuk, herdik dan marah depan orang ramai, itu sebenarnya berniat untuk menghina dan memalukan kita. Marah pun ada cara dan tertibnya. Jika sedang marah berdiri, duduklah atau mengambil wuduk. Orang yang Berjaya menahan marahnya, dia seorang yang hebat.

Aku pun balas whatsappnya.

“Saya pun selalu kena marah, tetapi bagaimana kamu menguruskannya, jangankan marah itu merosakkan satu hari kamu, hidup ini pendek, menikmatilahnya”

Betul ke, aku selalu kena marah? Mesti ada yang tidak percaya….

Aku juga punya hati

Nota
1.       4 kejutan terdapat dalam filem terbaru Fast & Furious yang tak dijangka. Klik SINI
2.       Kucing Nampak je comel, tetapi hati-hati…..Kenapa? Tengok SINI
3.    Awak memang cantik sejak kecil. Tengok INI

Tuesday, April 4, 2017

KAWAN BAIK ITU WUJUD KE…..?

Kamu ada kawan baik??

Aku ada

Sebenarnya aku nak ceritakan kisah pagi tadi…..

“Encik, saya tiada sesiapa nak luahkan…..”

“Awak, kenapa ni??”

“Saya ada masalah, saya nak share dengan encik…”

“Ceritalah”

Walaupun aku sudah jauh dari bumi Ledang, tadi ada pelajar meluahkan masalahnya tadi. Aku kata, aku hanya boleh mendengar sahaja dan memberi nasihat. Tetapi mesti akan ada yang kata, berkata-kata itu mudah daripada menghadapinya. Jika kamu tertekan, carilah kawan baik untuk berkongsi. Jangan simpan seorang diri, nanti jadi hal lain pula jika tidak pandai urus.

Carilah kawan baik yang boleh anda ceritakan semua masalah dan cerita, walaupun anda bergaduh, dia tidak akan memburukkan dan menceritakan perihal kamu.

Wujud ke orang macam tu?


Itu yang sukar maka sebaik-baiknya luahkanlah pada Allah, sesungguhnya DIA pendengar terbaik. Tetapi janganlah cariNYA ketika bersedih sahaja, apabila gembira kita melupakanNYA. Sedangkan manusia pun, jika kita berpaling hati sekali akan menyebabkannya bersedih, inikan pula pencipta kita dan pemberi rezeki. Tak tahu malu ke kita, sudahlah menumpang hidup di buminya. Kau fikir kau siapa?

Nota
1.       4 kejutan terdapat dalam filem terbaru Fast & Furious yang tak dijangka. Klik SINI
2.       Kucing Nampak je comel, tetapi hati-hati…..Kenapa? Tengok SINI

ALUMNI OH ALUMNI….

Sebelum ini, aku pernah jadi penyelaras alumni di KolejKomuniti Ledang

Sekarang, aku mengurus alumni Kolej Komuniti satu Malaysia, hari-hari aku perlu berhubung dan mengambil tahu mengenai alumni serta memperkasanya. Aku berasa bangga apabila melihat pelajar-pelajar aku dulu kini sangat Berjaya. Ada pendapatan mereka lagi tinggi dari aku walaupun sekadar sijil sahaja

Siapa kata jika hanya sijil, tidak akan ke mana. Tidak penting di mana anda bermula, Yang penting di mana anda berakhir. Bagi aku, diri sendiri itu yang utama. Selepas itu, baru orang sekeliling yang menjadi pendorong. Diri sendiri kena kuat, ada semangat untuk berjaya.

Aku rasa sangat seronok untuk kongsi kejayaan-kejayaan mereka. Nantikan di blog ini ye…Alumni oh alumni

Nota
1.       4 kejutan terdapat dalam filem terbaru Fast & Furious yang tak dijangka. Klik SINI

2.       Kucing Nampak je comel, tetapi hati-hati…..Kenapa? Tengok SINI

Monday, April 3, 2017

KERETA ATAU……..

Kisah ini berlaku semalam…….

Aku keluar makan tengah hari dengan Cik A, dan aku memulakan perbualan supaya tidak rasa janggal hehe

Aku        : Rasanya nak habiskan bayar kereta ini lah, bayar terus….malas nak berhutang lagi
Cik A      : Ada berapa banyak lagi?
Aku        : Rasanya lagi dua tahun……dalam 15 ribu
Cik A      : Uish banyaknya, tak payahlah bayar terus, buat benda lain
Aku        : Buat benda apa? (saja aku buat tak faham)
Cik A      : Ala……..

Nota: 15 ribu tu pun aku tiada sekarang hahha, saja nak wujudkan topik borak hahha

#Lelaki kalau berkias, dia saja je buat-buat tak faham hehe


1.  Jika anda buat 7 perkara ini, anda boleh jadi buta. Baca SINI
2.  Nak wajah anda menjadi doodle? Klik SINI

Wednesday, March 22, 2017

JANGAN AMBIL TUGAS TUHAN…….

“Budak tu jahat, jangan kawan dengan dia, dia pasti masuk neraka….”

Siapa kita, untuk menghukum dia?

Mana tahu dia akan masuk neraka?

Mana tahu lepas ini budak itu bertaubat?

Itu urusan dia dengan Allah, bagaimana urusan kita dengan budak itu? Kita telah berdosa dengan budak itu kerana mengatanya,

Sepatutnya, apabila kita tahu budak itu melakukan kesalahan, kita menegurnya. Ada cara untuk menegur, kita perlu memanggilnya antara kita dengan dia, dan tegur. Bukan menegurnya di hadapan orang ramai atau di media sosial, itu bukan untuk menegur tetapi untuk memalukannya.

Bagaimana kalau dia tidak mendengar? Tanya balik pada diri, tak kan kita sudah mengalah? Ada pelbagai cara antaranya memaklumkan kepada kaunselor, menggunakan orang yang dipercayainya untuk tegur dan lain-lain. Tepuk dada, tanya iman!!

Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan, tetapi Allah menyorokkan aib kita itu, dan kenapa pula kita membuka aib orang lain?


“Dengarlah bisikan (teguran secara lembut) orang di sekeliling kita, InsyaAllah kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan”

Tuesday, March 21, 2017

BIARLAH PEGANG PENYAPU SEKARANG……

Ini hanyalah pendapat aku……

Sekarang ini kecoh berita mengenai ibu bapa yang menyerang cikgu kerana mendenda anaknya menyapu sampah kerana melakukan kesalahan…

Aku juga merupakan seorang pendidik, dan aku juga pernah mengajar budak-budak yang agak nakal. Sepatutnya ibubapa itu berterima kasih kepada cikgu tersebut, kerana rasa hendak menegur perlakuan anaknya apabila membuat kesalahan. Bayangkan jika tiada sesiapa yang hendak menegur perlakuan anak yang silap, ditambah pula dengan ibu bapa yang sibuk dengan kerja. Anak terus terbiar dan tersesat tanpa bimbingan.

Jangan risau, sebab cikgu-cikgu di ajar dengan teknik pengajaran dan di kawal dengan pelbagai peraturan yang ketat, Cikgu pasti masih waras untuk mengenakan sesuatu denda tersebut terhadap anak muridnya. Cikgu tersebut sebenarnya sayang anak muridnya.

Macam aku, aku jadikan anak murid aku seperti sahabat, walaupun serapat mana mereka dengan aku tetap masih ada perasaan hormat pada aku. Kami berkongsi kisah cinta, sedih, gembira dan segalanya bersama. Kira senang cakap, sama-sama jatuh, sama-sama menyokong. Aku pernah datang rumah sewa pelajar aku, semata-mata untuk mengejutnya. Pernah kereta aku rosak tengah-tengah malam, aku call mereka sahaja, mereka datang membantu.

Bagi aku, jangan jadikan zaman belajar itu terlalu bosan dan banyak peraturan serta terlalu memanjakan anak-anak. Pembelajaran bukan sekadar subjek yang di ajar di dalam kelas, tetapi proses pembelajaran itu boleh berlangsung di mana-mana dan bukan sekadar subjek di buku. Kita tak tahu, dalam proses menyapu itu, mereka mendapat pengajaran dan mempelajari sesuatu.

Biarlah mereka pegang penyapu sekarang, daripada menjadi SAMPAH di kemudian hari…..


Nota: Kepada team petanque JDT Ledang, semoga Berjaya hujung minggu ini di Sukan IPT. Aku akan datang menyokong Jumaat ini

PANJANGNYA OOOOOOOO…….

20 Mac 2017

Semalam, aku mendapat pelajar baru untuk belajar matematik dengan aku, sebenarnya emak pelajar ini, sudah lama tanya aku di laman facebook Kelas Matematik Cikgu KJ, bila nak buat kelas di selayang pula? Aku tidak membalas sehinggalah aku perlu meninggalkan Kolej Komuniti Ledang….

Kini, hari biasa aku bekerja di Putrajaya, hujung minggu di Tangkak. Macam Percintaan Jarak Jauh Pula hehe…. Kisah itu, aku cerita kemudian…

Kebiasaannya, aku seram apabila mendapat pelajar baru. Aku tidak kenal pelajar aku, aku tidak kenal keluarga mereka, dan aku tidak biasa keadaan rumah mereka. Tetapi aku selalu menjadi diri aku sendiri, jika mereka suka aku…..Alhamdulillah.

Semalam, sepatutnya aku janji pukul 8.00 malam tetapi macam mana aku boleh sesat, aku pusing-pusing dekat patung batu caves dekat 3 kali dan akhirnya aku jumpa rumah mereka. Gementar kerana kita tidak tahu reaksi mereka, dengan hari pertama aku sudah lambat, tetapi sesiapa kenal aku mesti akan cakap, “Ni ke Cikgu?”

Apabila aku masuk rumahnya, emaknya menyambut aku dan diperkenalkan kepada dua orang anaknya, Amirul (Tingkatan 3) dan Amira (Tingkatan 2), bagus emak yang mengambil berat perkembangan pelajaran anak-anaknya. Aku masuk dengan muka serius, dan terus meminta kertas soalan ujian untuk aku menganalisis kelemahan mereka. Sebelum aku lupa, mereka ni bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina…Kira kalau mereka kutuk aku dalam mandarin, aku tidak fahamlah heheh, mereka belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris, jadi aku kena faham sama ada mereka tidak faham Bahasa Inggeris atau konsep matematik itu sendiri.

Aku terus bagi ujian asas matematik pada mereka. Hari pertama terus buat ujian, senang kerja jadi cikgu kan? Haha Sebenarnya dari situ, aku boleh tengok tahap asas matematik mereka, mereka tiada masalah. Sebenarnya hari pertama, aku lebih suka kepada untuk berkenalan, tak kenal maka tak cinta. Aku buat secara santai membincangkan kertas ujian mereka kemudiannya. Sah, mereka tak faham konsep….dan apabila aku bincang jawapan je, mereka berdua adik beradik akan kata serentak

“ooooooooooooooooo…… Macam tu”

“tak payah panjang sangat ooooo tu”, balas aku spontan

Alhamdulillah, mereka suka dan faham cara aku mengajar. Aku pun tidak sedar sampai pukul 11 malam aku dekat rumah mereka. Inilah apabila kita rasa seronok!!!!


Nota: Matematik itu seronok. Hubungi aku di talian 0176807564

Sunday, March 19, 2017

KERANA CINTA

Kerana Cinta……

Tak kisah pun, walaupun berpenat…….

Ramai yang tanya, tidak penat ke berulang alik tangkak – Putrajaya? Memang penat, tetapi tengok mereka gembira dan berjaya, hilang semua itu

Kerana petanque, lahirnya sebuah kejayaan, bukan sekadar kemenangan, tetapi kejayaan yang lebih besar.

Tahniah kepada semua atlet petanque JDT Ledang, dapat juga nombor 6 terbaik (pasukan syakirin & zafri), yang lain boleh cuba lagi, paling dekat Kejohanan Petanque Sukan IPT 2017 hujung minggu ini. InsyaAllah, datang menyokong nanti.


“Kita bukan bina pasukan, tetapi kita bina sebuah persahabatan”








Thursday, March 16, 2017

KECEWA?

KECEWA?

Sebagai seorang pendidik, boleh ke ada perasaan kecewa?

Pendidik zaman sekarang ini, bukan sahaja mengajar, tanda kertas peperiksaan dan balik. Tetapi mereka perlu mengajar, mendidik, menjadi kawan, idola, pendengar setia, sahabat, pendorong dan segala-galanya. Jika tiada sifat-sifat itu, tidak perlulah menjadi pendidik. Kesian anak murid!!!

Tetapi patut ke pendidik mempunyai perasaan kecewa jika anak muridnya gagal? Tidak mengikut seperti apa yang dirancang?? Pendidik pun manusia biasa juga. Kadang-kadang terlahir juga perasaan itu. Jika kita mengharap pada makhluk-Nya, kita akan mendapat kekecewaan, berharaplah pada tuhan.

Jika anak muridnya terjerumus ke lembah kegagalan, perlu ke pendidik itu meninggalkannya kerana kekecewaan? Sepatutnya tidak, malah bimbinglah dia kembali ke jalan kejayaan, Kita perlu benci kepada kelakuannya yang menyebabkan dia terjatuh, tetapi jangan benci pada orangnya. Jangan mengambil tugas tuhan, terus menghukumnya.

Sungguh mencabar untuk membimbing anak murid sekarang. Mereka perlu ada kesedaran dalam diri!!!

Nota: Rindu zaman menjadi pendidik di Kolej Komuniti Ledang


Tahniah kepada yang Berjaya SPM, yang gagal….jangan kecewa, mulakan semula baru…Semangat!!!





Friday, January 6, 2017

Popular juga Cikgu KJ!!

Hari ini, Cikgu KJ menguruskan hal-hal di bank...

Biasalah apabila kerja di Johor, Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti....Hari Jumaat lah untuk selesaikan semua urusan di bank

Ketika Cikgu KJ di bank (Maybank Tangkak) tadi sambil menunggu nombor giliran, tetiba pekerja di kaunter (sebaya Cikgu KJ rasanya) memanggil...

"Cikgu"

Cikgu KJ toleh kebelakang, mungkin panggil orang lain, sebab Cikgu KJ tidak mengenalinya.

Dia pun tunjuk ke arah Cikgu KJ

"Mari saya buatkan urusan Cikgu"

Cikgu KJ terpinga-pinga, bagaimana dia tahu diri ini Cikgu. Cikgu KJ ada rupa cikgu ke? hehe Tetapi dah alang-alang, orang panggil, Cikgu KJ laju bangun ke kaunter hehe

Urusan selesai. Cikgu KJ mengucapkan terima kasih. Rasanya dia follow blog dan facebook Kelas Matematik Cikgu KJ ini..... Terima kasih banyak-banyak ye..

Popular juga Cikgu KJ ni.... (mood perasan)

Thursday, January 5, 2017

"Kenapa Bukan Du Cikgu?"

Seperti hari-hari biasa.....Cikgu KJ menjalankan kelas tuisyen Matematik...

Semalam Cikgu KJ mengajar pelajar Tahun 6...Topik yang Cikgu KJ ajar ialah Nilai Tempat seperti Sa, Puluh, Ratus, Ribu dan sebagainya

Dan semalam Cikgu KJ mendapat satu soalan yang agak mencabar juga.....ingatkan ajar topik senang, tiada soalan "luar kotak"

"Cikgu, Nilai tempat paling hujung tu SA kan?"

"Aah...Kenapa ye?"

"SA maknanya satu kan?"

"Aah"

"Tetapi kenapa sebelah SA bukan DU tetapi puluh?"

"DU?"

"Aah mewakili DUA"

Nampak disini bahawa, pelajar ini memahami bahawa nilai tempat adalah satu, dua, tiga dan seterusnya....tetapi sedangkan nilai tempat adalah gandaan 10, Sa (satu), Puluh, Ratus, Ribu dan sebagainya

Pelajar tersebut memandang CIkgu KJ dengan mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Cikgu KJ memikirkan bagaimana hendak memberi kefahaman jawapan yang mudah kepada pelajar tahun 6.

"Ok, cuba kira dari nombor satu sampai 10", kata CIkgu KJ

Pelajar tersebut pun membilang, "Satu - Dua - Tiga - Empat - Lima - Enam - Tujuh - Lapan - Sembilan - Sepuluh"

"Kenapa Sepuluh?", tanya Cikgu KJ

"Betullah lepas sembilan, sepuluh"

"Tadikan kata tempat puluh jadi DU, maka sepatutnya SEDU"

Dia pun gelak berdekah. Kami sambung belajar sampai pukul SEDU!!!!!