Wednesday, March 22, 2017

JANGAN AMBIL TUGAS TUHAN…….

“Budak tu jahat, jangan kawan dengan dia, dia pasti masuk neraka….”

Siapa kita, untuk menghukum dia?

Mana tahu dia akan masuk neraka?

Mana tahu lepas ini budak itu bertaubat?

Itu urusan dia dengan Allah, bagaimana urusan kita dengan budak itu? Kita telah berdosa dengan budak itu kerana mengatanya,

Sepatutnya, apabila kita tahu budak itu melakukan kesalahan, kita menegurnya. Ada cara untuk menegur, kita perlu memanggilnya antara kita dengan dia, dan tegur. Bukan menegurnya di hadapan orang ramai atau di media sosial, itu bukan untuk menegur tetapi untuk memalukannya.

Bagaimana kalau dia tidak mendengar? Tanya balik pada diri, tak kan kita sudah mengalah? Ada pelbagai cara antaranya memaklumkan kepada kaunselor, menggunakan orang yang dipercayainya untuk tegur dan lain-lain. Tepuk dada, tanya iman!!

Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan, tetapi Allah menyorokkan aib kita itu, dan kenapa pula kita membuka aib orang lain?


“Dengarlah bisikan (teguran secara lembut) orang di sekeliling kita, InsyaAllah kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan”

Tuesday, March 21, 2017

BIARLAH PEGANG PENYAPU SEKARANG……

Ini hanyalah pendapat aku……

Sekarang ini kecoh berita mengenai ibu bapa yang menyerang cikgu kerana mendenda anaknya menyapu sampah kerana melakukan kesalahan…

Aku juga merupakan seorang pendidik, dan aku juga pernah mengajar budak-budak yang agak nakal. Sepatutnya ibubapa itu berterima kasih kepada cikgu tersebut, kerana rasa hendak menegur perlakuan anaknya apabila membuat kesalahan. Bayangkan jika tiada sesiapa yang hendak menegur perlakuan anak yang silap, ditambah pula dengan ibu bapa yang sibuk dengan kerja. Anak terus terbiar dan tersesat tanpa bimbingan.

Jangan risau, sebab cikgu-cikgu di ajar dengan teknik pengajaran dan di kawal dengan pelbagai peraturan yang ketat, Cikgu pasti masih waras untuk mengenakan sesuatu denda tersebut terhadap anak muridnya. Cikgu tersebut sebenarnya sayang anak muridnya.

Macam aku, aku jadikan anak murid aku seperti sahabat, walaupun serapat mana mereka dengan aku tetap masih ada perasaan hormat pada aku. Kami berkongsi kisah cinta, sedih, gembira dan segalanya bersama. Kira senang cakap, sama-sama jatuh, sama-sama menyokong. Aku pernah datang rumah sewa pelajar aku, semata-mata untuk mengejutnya. Pernah kereta aku rosak tengah-tengah malam, aku call mereka sahaja, mereka datang membantu.

Bagi aku, jangan jadikan zaman belajar itu terlalu bosan dan banyak peraturan serta terlalu memanjakan anak-anak. Pembelajaran bukan sekadar subjek yang di ajar di dalam kelas, tetapi proses pembelajaran itu boleh berlangsung di mana-mana dan bukan sekadar subjek di buku. Kita tak tahu, dalam proses menyapu itu, mereka mendapat pengajaran dan mempelajari sesuatu.

Biarlah mereka pegang penyapu sekarang, daripada menjadi SAMPAH di kemudian hari…..


Nota: Kepada team petanque JDT Ledang, semoga Berjaya hujung minggu ini di Sukan IPT. Aku akan datang menyokong Jumaat ini

PANJANGNYA OOOOOOOO…….

20 Mac 2017

Semalam, aku mendapat pelajar baru untuk belajar matematik dengan aku, sebenarnya emak pelajar ini, sudah lama tanya aku di laman facebook Kelas Matematik Cikgu KJ, bila nak buat kelas di selayang pula? Aku tidak membalas sehinggalah aku perlu meninggalkan Kolej Komuniti Ledang….

Kini, hari biasa aku bekerja di Putrajaya, hujung minggu di Tangkak. Macam Percintaan Jarak Jauh Pula hehe…. Kisah itu, aku cerita kemudian…

Kebiasaannya, aku seram apabila mendapat pelajar baru. Aku tidak kenal pelajar aku, aku tidak kenal keluarga mereka, dan aku tidak biasa keadaan rumah mereka. Tetapi aku selalu menjadi diri aku sendiri, jika mereka suka aku…..Alhamdulillah.

Semalam, sepatutnya aku janji pukul 8.00 malam tetapi macam mana aku boleh sesat, aku pusing-pusing dekat patung batu caves dekat 3 kali dan akhirnya aku jumpa rumah mereka. Gementar kerana kita tidak tahu reaksi mereka, dengan hari pertama aku sudah lambat, tetapi sesiapa kenal aku mesti akan cakap, “Ni ke Cikgu?”

Apabila aku masuk rumahnya, emaknya menyambut aku dan diperkenalkan kepada dua orang anaknya, Amirul (Tingkatan 3) dan Amira (Tingkatan 2), bagus emak yang mengambil berat perkembangan pelajaran anak-anaknya. Aku masuk dengan muka serius, dan terus meminta kertas soalan ujian untuk aku menganalisis kelemahan mereka. Sebelum aku lupa, mereka ni bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina…Kira kalau mereka kutuk aku dalam mandarin, aku tidak fahamlah heheh, mereka belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris, jadi aku kena faham sama ada mereka tidak faham Bahasa Inggeris atau konsep matematik itu sendiri.

Aku terus bagi ujian asas matematik pada mereka. Hari pertama terus buat ujian, senang kerja jadi cikgu kan? Haha Sebenarnya dari situ, aku boleh tengok tahap asas matematik mereka, mereka tiada masalah. Sebenarnya hari pertama, aku lebih suka kepada untuk berkenalan, tak kenal maka tak cinta. Aku buat secara santai membincangkan kertas ujian mereka kemudiannya. Sah, mereka tak faham konsep….dan apabila aku bincang jawapan je, mereka berdua adik beradik akan kata serentak

“ooooooooooooooooo…… Macam tu”

“tak payah panjang sangat ooooo tu”, balas aku spontan

Alhamdulillah, mereka suka dan faham cara aku mengajar. Aku pun tidak sedar sampai pukul 11 malam aku dekat rumah mereka. Inilah apabila kita rasa seronok!!!!


Nota: Matematik itu seronok. Hubungi aku di talian 0176807564

Sunday, March 19, 2017

KERANA CINTA

Kerana Cinta……

Tak kisah pun, walaupun berpenat…….

Ramai yang tanya, tidak penat ke berulang alik tangkak – Putrajaya? Memang penat, tetapi tengok mereka gembira dan berjaya, hilang semua itu

Kerana petanque, lahirnya sebuah kejayaan, bukan sekadar kemenangan, tetapi kejayaan yang lebih besar.

Tahniah kepada semua atlet petanque JDT Ledang, dapat juga nombor 6 terbaik (pasukan syakirin & zafri), yang lain boleh cuba lagi, paling dekat Kejohanan Petanque Sukan IPT 2017 hujung minggu ini. InsyaAllah, datang menyokong nanti.


“Kita bukan bina pasukan, tetapi kita bina sebuah persahabatan”








Thursday, March 16, 2017

KECEWA?

KECEWA?

Sebagai seorang pendidik, boleh ke ada perasaan kecewa?

Pendidik zaman sekarang ini, bukan sahaja mengajar, tanda kertas peperiksaan dan balik. Tetapi mereka perlu mengajar, mendidik, menjadi kawan, idola, pendengar setia, sahabat, pendorong dan segala-galanya. Jika tiada sifat-sifat itu, tidak perlulah menjadi pendidik. Kesian anak murid!!!

Tetapi patut ke pendidik mempunyai perasaan kecewa jika anak muridnya gagal? Tidak mengikut seperti apa yang dirancang?? Pendidik pun manusia biasa juga. Kadang-kadang terlahir juga perasaan itu. Jika kita mengharap pada makhluk-Nya, kita akan mendapat kekecewaan, berharaplah pada tuhan.

Jika anak muridnya terjerumus ke lembah kegagalan, perlu ke pendidik itu meninggalkannya kerana kekecewaan? Sepatutnya tidak, malah bimbinglah dia kembali ke jalan kejayaan, Kita perlu benci kepada kelakuannya yang menyebabkan dia terjatuh, tetapi jangan benci pada orangnya. Jangan mengambil tugas tuhan, terus menghukumnya.

Sungguh mencabar untuk membimbing anak murid sekarang. Mereka perlu ada kesedaran dalam diri!!!

Nota: Rindu zaman menjadi pendidik di Kolej Komuniti Ledang


Tahniah kepada yang Berjaya SPM, yang gagal….jangan kecewa, mulakan semula baru…Semangat!!!