Tuesday, March 21, 2017

BIARLAH PEGANG PENYAPU SEKARANG……

Ini hanyalah pendapat aku……

Sekarang ini kecoh berita mengenai ibu bapa yang menyerang cikgu kerana mendenda anaknya menyapu sampah kerana melakukan kesalahan…

Aku juga merupakan seorang pendidik, dan aku juga pernah mengajar budak-budak yang agak nakal. Sepatutnya ibubapa itu berterima kasih kepada cikgu tersebut, kerana rasa hendak menegur perlakuan anaknya apabila membuat kesalahan. Bayangkan jika tiada sesiapa yang hendak menegur perlakuan anak yang silap, ditambah pula dengan ibu bapa yang sibuk dengan kerja. Anak terus terbiar dan tersesat tanpa bimbingan.

Jangan risau, sebab cikgu-cikgu di ajar dengan teknik pengajaran dan di kawal dengan pelbagai peraturan yang ketat, Cikgu pasti masih waras untuk mengenakan sesuatu denda tersebut terhadap anak muridnya. Cikgu tersebut sebenarnya sayang anak muridnya.

Macam aku, aku jadikan anak murid aku seperti sahabat, walaupun serapat mana mereka dengan aku tetap masih ada perasaan hormat pada aku. Kami berkongsi kisah cinta, sedih, gembira dan segalanya bersama. Kira senang cakap, sama-sama jatuh, sama-sama menyokong. Aku pernah datang rumah sewa pelajar aku, semata-mata untuk mengejutnya. Pernah kereta aku rosak tengah-tengah malam, aku call mereka sahaja, mereka datang membantu.

Bagi aku, jangan jadikan zaman belajar itu terlalu bosan dan banyak peraturan serta terlalu memanjakan anak-anak. Pembelajaran bukan sekadar subjek yang di ajar di dalam kelas, tetapi proses pembelajaran itu boleh berlangsung di mana-mana dan bukan sekadar subjek di buku. Kita tak tahu, dalam proses menyapu itu, mereka mendapat pengajaran dan mempelajari sesuatu.

Biarlah mereka pegang penyapu sekarang, daripada menjadi SAMPAH di kemudian hari…..


Nota: Kepada team petanque JDT Ledang, semoga Berjaya hujung minggu ini di Sukan IPT. Aku akan datang menyokong Jumaat ini

No comments:

Post a Comment