Wednesday, March 22, 2017

JANGAN AMBIL TUGAS TUHAN…….

“Budak tu jahat, jangan kawan dengan dia, dia pasti masuk neraka….”

Siapa kita, untuk menghukum dia?

Mana tahu dia akan masuk neraka?

Mana tahu lepas ini budak itu bertaubat?

Itu urusan dia dengan Allah, bagaimana urusan kita dengan budak itu? Kita telah berdosa dengan budak itu kerana mengatanya,

Sepatutnya, apabila kita tahu budak itu melakukan kesalahan, kita menegurnya. Ada cara untuk menegur, kita perlu memanggilnya antara kita dengan dia, dan tegur. Bukan menegurnya di hadapan orang ramai atau di media sosial, itu bukan untuk menegur tetapi untuk memalukannya.

Bagaimana kalau dia tidak mendengar? Tanya balik pada diri, tak kan kita sudah mengalah? Ada pelbagai cara antaranya memaklumkan kepada kaunselor, menggunakan orang yang dipercayainya untuk tegur dan lain-lain. Tepuk dada, tanya iman!!

Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan, tetapi Allah menyorokkan aib kita itu, dan kenapa pula kita membuka aib orang lain?


“Dengarlah bisikan (teguran secara lembut) orang di sekeliling kita, InsyaAllah kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan”

No comments:

Post a Comment