Tuesday, March 21, 2017

PANJANGNYA OOOOOOOO…….

20 Mac 2017

Semalam, aku mendapat pelajar baru untuk belajar matematik dengan aku, sebenarnya emak pelajar ini, sudah lama tanya aku di laman facebook Kelas Matematik Cikgu KJ, bila nak buat kelas di selayang pula? Aku tidak membalas sehinggalah aku perlu meninggalkan Kolej Komuniti Ledang….

Kini, hari biasa aku bekerja di Putrajaya, hujung minggu di Tangkak. Macam Percintaan Jarak Jauh Pula hehe…. Kisah itu, aku cerita kemudian…

Kebiasaannya, aku seram apabila mendapat pelajar baru. Aku tidak kenal pelajar aku, aku tidak kenal keluarga mereka, dan aku tidak biasa keadaan rumah mereka. Tetapi aku selalu menjadi diri aku sendiri, jika mereka suka aku…..Alhamdulillah.

Semalam, sepatutnya aku janji pukul 8.00 malam tetapi macam mana aku boleh sesat, aku pusing-pusing dekat patung batu caves dekat 3 kali dan akhirnya aku jumpa rumah mereka. Gementar kerana kita tidak tahu reaksi mereka, dengan hari pertama aku sudah lambat, tetapi sesiapa kenal aku mesti akan cakap, “Ni ke Cikgu?”

Apabila aku masuk rumahnya, emaknya menyambut aku dan diperkenalkan kepada dua orang anaknya, Amirul (Tingkatan 3) dan Amira (Tingkatan 2), bagus emak yang mengambil berat perkembangan pelajaran anak-anaknya. Aku masuk dengan muka serius, dan terus meminta kertas soalan ujian untuk aku menganalisis kelemahan mereka. Sebelum aku lupa, mereka ni bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina…Kira kalau mereka kutuk aku dalam mandarin, aku tidak fahamlah heheh, mereka belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris, jadi aku kena faham sama ada mereka tidak faham Bahasa Inggeris atau konsep matematik itu sendiri.

Aku terus bagi ujian asas matematik pada mereka. Hari pertama terus buat ujian, senang kerja jadi cikgu kan? Haha Sebenarnya dari situ, aku boleh tengok tahap asas matematik mereka, mereka tiada masalah. Sebenarnya hari pertama, aku lebih suka kepada untuk berkenalan, tak kenal maka tak cinta. Aku buat secara santai membincangkan kertas ujian mereka kemudiannya. Sah, mereka tak faham konsep….dan apabila aku bincang jawapan je, mereka berdua adik beradik akan kata serentak

“ooooooooooooooooo…… Macam tu”

“tak payah panjang sangat ooooo tu”, balas aku spontan

Alhamdulillah, mereka suka dan faham cara aku mengajar. Aku pun tidak sedar sampai pukul 11 malam aku dekat rumah mereka. Inilah apabila kita rasa seronok!!!!


Nota: Matematik itu seronok. Hubungi aku di talian 0176807564

No comments:

Post a Comment