Friday, June 23, 2017

PERUT KAU KE TU??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kroook….kroookkk…..krokkkk

Alamak ia berbunyi lagi!!!

Muka aku merah walaupun gelap hehehe

Berbunyi perut aku. Korang pernah tak perut berbunyi?? Aku bulan puasa ini, kerap sangat perut berbunyi…bukan lapar, tetapi ia menyanyi keroncong, mungkin sebab banyak angin dalam perut kot hehehe

Paling aku segan apabila tengah berbincang dengan kawan atau rakan sekerja….

Krook….krokkk….krooookkkk

Ia berbunyi tanpa memberi signal, kuat pula tu. Semua terdiam memandang perut gebu aku….

“Perut kau ke tu??”

Macam mana nak atasi ye?? Korang pernah alami??


Nota:
1. Air dicincang tidak akan putus. Suka video INI
2. Ini sebab musim raya paling best shopping. Baca INI

Thursday, June 22, 2017

ANDAI ITU TAKDIRNYA….

Assalamualaikum,

Aku nak bagi tahu aku ini jarang melekat untuk tengok drama bersiri panjang-panjang ini, dan tadi sahabat aku ada whatsapp

“Nuar tengok tak andai itu takdirnya?”

“Tak tengok, tengok hero seorang Cinderella je, saya nak belajar jadi romantik”

“Tengoklah nanti, sebab tu lagi romantik”

“Best ke? Sebab saya tengok ramai yang post kat facebook pasal pukul-pukul je”

Apa pendapat korang? Best ke drama tu? Aku jarang tengok drama malam-malam sebab aku mengajar tuisyen, drama Hero seorang Cinderella pun aku tengok ketika astro ulang masa sahur hehe….

Kalau best, nanti aku cari kat youtube je….

Tapi aku percaya andai itu takdirnya…..andai itu bukan jodoh kita, buat macam manapun tetap tidak akan bersama…..

Nota
1. Nak beli kereta tetapi tak tahu nak start dari mana? Baca SINI
2. Jenama ini boleh selesaikan semua masalah kulit anda. Apa jenama tu? Klik SINI



Wednesday, June 21, 2017

APA ITU PERDANA? PERDANA MENTERI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak lama lagi dah nak raya….Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR, jangan seronok sangat beraya tu. Ingat juga buku….

Hari ini cikgu KJ nak kongsikan nota mengenai nombor perdana secara percuma je (dibawah)….adik-adik boleh muat turun dan print sahaja. Cikgu KJ halalkan…. Kalau boleh share dan like juga facebook KelasMatematik Cikgu KJ ye….

Cikgu KJ teringat ketika mengajar nombor perdana ini. Cikgu KJ biasanya akan tanya pada anak murid Cikgu KJ

“Apa itu Nombor Perdana?”

“Perdana Menteri”

“Kereta Perdana”

“Isteri Perdana Menteri”

“Rumah Sukan Perdana”

Dan macam-macam lagi jawapannya….Itu yang seronoknya mengajar, jawapan yang tidak disangka-sangka akan keluar hehehe….


Nota
1. Naik Grab Car seronok tak? Betul ke yang INI
2. Seronok Shopping Masa raya. Cuba tengok INI



Tuesday, June 20, 2017

KALAU TAHU BEGINI JADINYA…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Wah tak lama lagi nak raya, puasa pun tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi…. Ada yang ponteng puasa??

Makin nak raya, makin murah rezeki aku…..bisnes pun semakin menjadi dan kuih raya pun dapat banyak….

Kalau aku tahu dari awal nak dapat kuih raya banyak macam ni tahun ini, tiadalah aku pergi tempah kuih raya awal-awal hehehe…..

Semalam aku dapat lagi kuih raya daripada pelajar tuisyen aku, dapat sebalang. Terima kasih banyak-banyak ye….. Raya jangan lupa datang rumah, ada pelbagai jenis kuih raya…..Terima kasih juga pada emak Mat, memberi 2 bungkus kerepek…..Aku ni memang hantu kerepek pisang…..

Orang nak beri, sepuluh jari aku tadahkan hehe….

Nota:
1. Ini sebab kenapa raya waktu paling sesuai shopping. Klik SINI
2. Kenapa dengan orang korea ni?? Klik SINI
3. Tempat bersahur paling best di KL, korang perlu cuba. Klik SINI


Monday, June 19, 2017

ACAH-ACAH AJAK?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wah tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan menyambut Hari Raya……ada yang tidak berpuasa penuh ke? Yang berpuasa penuh boleh tuntut duit raya dari aku hehehe

Aku masih perlu bekerja sehingga jumaat ini…..arghhhh, ofis sudah mulai sunyi, jadi aku pasang lagu raya sahaja. Ini bestnya apabila ofis sudah ramai yang bercuti, internet sangat laju heheh…. Aku cuti raya ini selama seminggu, marilah datang rumah aku di Jasin untuk beraya….

Aku telah dapat banyak jemputan untuk beraya terutamanya daripada pelajar aku,

“Encik, nanti raya datang rumah saya ye”

“Ok”, balas aku

Lepas tu aku akan tanya, rumah dia kat mana?? Hahah Insyaallah aku akan hadir mana-mana yang menjemput, tetapi bagi tahu alamat sekali ye hehehe


Nota
1. Apa kena orang Korea ni?? Cuba tengok INI
2. Tempat sahur best di KL, cuba tengok INI

Sunday, June 18, 2017

BAPA….

18 Jun 2017

Hari ini hari bapa?? Ramai yang aku lihat update di facebook.

Ayah aku sudah lama tiada, sudah 5 tahun….tetapi aku masih merasa kasih sayangnya…. Al-fatihah!!

Kadang-kadang terasa terharu apabila melihat kaum bapa yang menghantar anak-anaknya tuisyen dengan aku. Orang kata, bapa ini susah nak tunjuk kasih sayangnya, tetapi boleh dirasai. Contohnya,

“Cikgu tengok-tengok kan matematik anak saya, dia lemah topik jam”

Nampak disitu si bapa mengambil berat dan sayang pada anaknya bagi melihat anaknya Berjaya. Selalunya si anak ini takut dengan bapanya. Betul tak? Imej garang dan tegas selalu terpahat pada kaum bapa berbanding pada kaum ibu.

Tidak pentinglah, yang penting selagi bapa dan ibu kamu ada, hormat dan hargailah mereka. Jangan sesekali meninggikan suara pada mereka. Keberkatan dan kejayaan dalam hidup bergantung kepada keredhaan mereka.

Di sini, aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah angkat aku, kawan-kawan aku yang sudah bergelar bapa, adik aku bapa kepada yusuf dan semua sekali yang bergelar bapa.

Nota:

1. Ketahui 6 barang yang perlu semasa hari raya di SINI
2. adakah anda sudah selesaikan semua INI?

Saturday, June 17, 2017

HUTANG…….

HUTANG!!!!!

Aku malas nak bercakap pasal hutang, sampai aku sendiri dah malu nak tuntut hutang aku sendiri…

Aku beri pinjam sebab atas dasar kawan dan percaya, memang aku beri sebab aku ada lebih dan aku pegang pada janji kata-kata kononnya gaji bulan depan aku bayar….So aku dah kira-kira, oh bulan depan dia akan bayar…jadi tak la kesempitan sangat aku.

Ini tidak, apabila aku ada masalah kewangan dan minta hutang aku,  bagi terasa ringan sikit beban, ditunda-tunda sampai ada yang makan bertahun, agaknya nak tunggu aku mati kot. Ini ok lagi masih membalas mesej aku, ada tu aku mesej di Whatsapp, facebook, call…semua sunyi sepi…hanya bagi aku bunyi cengkerik sahaja……krik, krik, krik

Sebab tu aku sudah serik memberi pinjam untuk orang berhutang kerana dari hutang, hubungan persaudaraan dan persahabatan jadi renggang…..Bukan tak nak tolong kawan, tapi aku tak nak tolong kawan, aku yang tersepit. Lebih baik tiada kawan yang ingat kita masa nak pinjam duit, tetapi lupa kita apabila banyak duit.

Bayar la sikit-sikit kawan, aku pun nak pergi jalan-jalan, nak juga merasa makan di restoran hipster, nak juga shopping baju raya….dan yang penting, nak juga aku kahwin….Ni nombor aku kawan 0176807564, whatsapp aku jika lupa nombor bank aku untuk bayar hutang!!!!!

Nota:
1. Kalau nak raya, pastikan settle semua INI
2. 5 benda perlu ada masa raya ini. apa dia? tengok SINI
3. Nak tahu sahur paling ringkas? Klik SINI

SKOR MATEMATIK UPSR 2017 LABUH TIRAI

Alhamdulillah,

Berakhir sudah.....

Skor Matematik UPSR 2017 berjaya dilaksanakan pagi tadi dan ia telah melabuhkan tirai sebelum menyambut hari raya…..lepas raya kita akan buka tirai semula heheh…Bikin saspen je!!!!

Tadi aku fokus pada bab perpuluhan dan peratus, alhamdulillah pelajar-pelajar ini mudah faham. Daripada respon mereka, mereka terima cara aku mengajar dan seronok.

Tahun ini, insyaALLAH aku fokus di Tangkak, dan tahun hadapan aku mengubah angin ke Kuala Lumpur. Orang-orang Kuala Lumpur, nanti ye aku tahun hadapan….. Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah itu yang terbaik…

Okay aku belanja gambar-gambar di dalam kelas tadi














Nota:
1. Siapa nak kereta murah raya ni. Klik SINI
2. Untuk bacaan orang yang dah kahwin sahaja. Klik SINI
3. Siapa nak vespa dan telefon dengan cara mudah? Klik SINI


Thursday, June 15, 2017

HARI TERAKHIR….

15 JUN 2016….

Hari terakhir pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Ledang…. Sebelum bercuti raya. Bagi pelajar semester akhir, hari ini adalah hari terakhir mereka sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing menjalani Latihan Industri dan bekerja…..

Aku agak rapat dengan pelajar-pelajar semester akhir untuk batch ini, tetapi aku tidak rasa sedih sangat sebab aku keluar meninggalkan Kolej Komuniti Ledang lebih awal sebelum mereka meninggalkan aku heheh

Aku dah puas sedih masa kena terpaksa keluar dari kolej, masa tu rasa tak kan jumpa mereka semula sebab dijangka tercampak ke Miri…..walaupun ada teknologi, tetapi rasanya tidak sama…. Masa tu kelakar, banyak sangat majLis perpisahan untuk aku, tetapi tak keluar-keluar juga dari Kolej. Aku ingat mereka semua yang membuat persembahan. Nak nangis masa tu, tetapi cover, tak macho la menangis depan anak murid hahha

Sebenarnya, setiap semester aku akan bersedih, tetapi semester ini, paling ramai yang aku rapat…dah macam kawan-kawan aku. Aku banyak belajar dari mereka sehingga aku berdiri sekarang.

Aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada geng-geng JPP, Priss, Petanque, geng Video, Geng Stompers, Geng lepak Koperasi, Geng lepak bilik kaunseling, geng lepak teratak dan lain-lain. Aku tidak perlu rasanya sebut nama satu per satu… Anda semua tahu siapa saya maksudkan.

Jadilah alumni yang menjadi contoh kepada adik-adik. Kita tidak tahu ada yang menjadikan kita idola contoh ikutan. Teruslah berbakti kepada agama, kolej, bangsa dan negara. Anda perlu bangga menjadi pelajar KolejKomuniti Ledang. Lepas ni,anda semua akan dijejak!!!


Raya nanti jemputlah datang rumah!!!

Nota:
1. Bacaan untuk orang yang dah kahwin sahaja. Klik SINI
2. Nak menang Vespa? Klik SINI

terima kasih guys.....

Wednesday, June 14, 2017

KEGEMBIRAAN SEORANG GURU……

Pendidik……

Cikgu…..

Guru……

Rasanya semua sama mempunyai kegembiraan yang sama. Begitu juga aku, aku paling gembira apabila melihat anak murid aku Berjaya tidak kira dalam pelajaran atau kehidupan. Aku tidak minta sebarang balasan…..

Semalam aku datang mengajar tuisyen seperti biasa di rumah salah seorang pelajar aku. Dia kelihatan excited jumpa aku dan membawa kertas ujiannya…

“Cikgu, teka saya dapat berapa markah matematik?”, sambil menyorok markahnya supaya tidak keterlihatan.

Pelajar ini tidak pernah lulus subjek matematik sebelum ini, jadi aku pun teka tidak tinggi sangat

“50 kot!!!”

“Salah, Cikgu teka lagi!!!!”

“60?”

“Hampir tepat sambil menunjukkan kertasnya”

Dia mendapat 65 markah, teruja aku melihat senyumannya. Bagi aku semua orang boleh Berjaya dan berhak untuk mencapai kejayaan.

Aku mengambil kertasnya dan melihat satu per satu….yang mana dia salah, aku terang kepadanya semula….

Setelah selesai tuisyen dia berkata,

“Yeah, matematik dah lulus”

“Alhamdulillah, maknanya kamu boleh buat, kena usaha lebih dan berdoa”

“Okay cikgu….lepas ni saya nak belajar dengan cikgu juga subjek Sains dan Kemahiran Hidup”


Aku pandangnya. Dia tersenyum tanpa rasa bersalah. Sudah lama kot aku tinggalkan Sains lebih-lebih lagi Kemahiran Hidup tu….Aku Cikgu Matematik!!!!

Nota
1. Nak tahu menu sahur paling cepat dan mudah? Klik SINI
2. Kisah gitar pecah ini mengingatkan aku pada seseorang. Lihat SINI

Tuesday, June 6, 2017

LELAKI VS PEREMPUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, aku setkan kepala untuk menghubungi hampir 100 orang bakal graduan Kolej Komuniti yang akan berkonvokesyen tahun ini. Jadi aku mulakan dari Kolej Komuniti Rompin.

Apa yang ketara aku lihat, apabila aku menghubungi pelajar lelaki bagi mengesahkan data, mereka tiada masalah dan apabila aku meminta gambar di tempat kerja, pun tiada masalah, terus dapat.

Tetapi, sebaliknya kalau aku minta pada pelajar perempuan. Bagi mengesahkan data, agak keberatan untuk mereka memberitahu dan lagi teruk apabila aku meminta gambar. Pelbagai persoalan di lontarkan

“Untuk apa gambar saya tu encik?”

“Saya perlu ada juga ke dalam gambar itu encik??”

“Gambar separuh ke penuh”

Bagus pelajar perempuan ini banyak tanya bagi mendapatkan kepastian, tetapi masalahnya, banyak sahaja pertanyaan, gambar aku masih tidak diterima.


#Susahnya nak faham kaum perempuan

Nota
1. Untuk raya dengan glamor, klik SINI
2. Rugi anda tidak menonton video INI. Ia telah ditonton oleh setengah juta orang.

Sunday, June 4, 2017

SIRI SKOR MATEMATIK UPSR 2017

Alhamdulillah….

Semalam selesai lagi satu siri SKOR MATEMATIK UPSR 2017…..Semalam abam fokus pada Kertas 2. Full House juga lah…..ada pelajar baru dan ada pelajar lama….

Tak terkira berapa siri tahun ini abam dah buat, sebab semua topik UPSR, 12 topik abam dah cover dicampur dengan Kertas 1 dan Kertas 2……Kalau abam masih di Kolej Komuniti Ledang, mesti dah capai KPI abam dalam kursus pendek hehehe….. Alahai abam tak boleh move on lagi hehe….5 tahun tu di Kolej Komuniti Ledang haha…..Takpe, tempat baru pun best, cabaran lebih besar!!!!

Semalam abam sangat seronok mengajar adik-adik ini, walaupun dalam bulan puasa. Siap ada permintaan buat sampai petang, takut abam yang terbuka nanti, bercakap tidak henti-henti dari pagi. Terima kasih juga abam pada pelajar abam, Amsyar yang telah menolong abam dalam 3 siri, lepas ni kita boleh bekerjasama lagi….Kamu boleh latih kemahiran kamu mengurus kursus, berinteraksi dengan ibu bapa dan adik-adik darjah 6 dan dapat juga pendapatan hehe….

SKOR MATEMATIK ini abam akan teruskan sehingga adik-adik semua UPSR, lepas ini, abam akan membuat ulang kaji setiap bab dengan soalan-soalan lebih mencabar dan KBAT. Jika adik-adik semua nak sertai, jangan lupa like facebook Kelas Matematik Cikgu KJ untuk mengetahui perkembangan terkini.



 
 



Adik-adik boleh juga like semua channel Cikgu KJ

Page Facebook: Kelas Matematik Cikgu KJ
Instagram : kj_kun86
Facebook : Kj Kun
Wechat: kjkun86
Call / Whatsapp: 0176807564
Youtube: khairul johari


Nota:
1. Gigi akan kuning kerana makanan INI
2. Tengok video INI sebelum anda hendak beli kereta