Tuesday, June 27, 2017

KERANA SEPOTONG AYAT

Berhati-hati!!!!

Tajam!!!!

Betullah kata perumpamaan, lidah lebih tajam daripada mata pedang……Berhati-hatilah dengan kata-kata kita, kerana sepotong ayat, satu hati boleh terguris sepanjang hayat. Memang boleh dengan meminta maaf akan selesai semuanya,tetapi parut itu pasti akan ada. Betul tak?

Ia umpama, anda mengetuk paku pada sebatang kayu jika anda mengguriskan hati seseorang, kemudian jika anda meminta maaf, anda cabut semula paku itu….apa yang anda perhatikan? Kesan-kesan lubang terdapat pada kayu tersebut, begitu jugalah hati seseorang.

“Tak seronoklah kawan dengan orang yang cepat terasa ni….”

Peribadi seseorang tergambar dengan kata-kata dan sikapnya. Bagaimana luarannya, begitulah dalamannya juga. Jadi, perbaiki peribadi kita.

Walaupun dengan niat kita bergurau, walaupun kita rapat bagai adik beradik tetapi dia tetap mempunyai sekeping hati…. Inikan lagi ketika tengah marah, semua disemburnya. Orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya. Sama-samalah kita perbaiki diri.

Berfikirlah sebelum berkata-kata atau bertindak. Biarlah kemaafan yang diminta itu benar-benar dimaksudkan dan bernilai, bukan sekadar ucapan di hujung bibir sahaja.

Maaf. Kosong-kosong!!!!

Nota:
1. Perbezaan lelaki dan wanita dalam pengembaraan. Klik SINI
2. Situasi di jalan raya setiap kali musim perayaan. Klik SINI



No comments:

Post a Comment