Wednesday, June 28, 2017

TANGAN….

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Coretan ini adalah sekadar teguran seorang abang kepada adiknya, seorang cikgu kepada anak muridnya…. Seorang dewasa kepada generasi muda…..

Yang baik ambil sebagai pengajaran….

Cuba renung kedua-dua tapak tanganmu…..ada apa? Cantikkan ciptaan Tuhan….

Apa yang  telah dibuat oleh kedua-dua tangan itu?

Tangan ini pernah dipimpin oleh kedua-dua ibubapa semasa kita belajar berjalan…..

Tangan ini juga pernah bersalam dengan kedua-dua ibubapa kita….

Tangan ini juga pernah di cium oleh adik-adik…..

TETAPI

Kenapa tangan yang sama telah dicemari?

Kenapa tangan ini pernah mencuri….kenapa tangan ini pernah berzina…..kenapa tangan ini pernah mencederakan kedua-dua ibubapa?

MASIH BELUM TERLAMBAT

Tadahlah kedua-dua tangan ini, memohon kemaafan kepada Allah…..kepada semua yang pernah kita buat kesilapan….. kerana pintu taubat itu terbuka luas

Agar tangan ini, tidak menjadi tugas terakhir menyambut jenazah kedua ibubapa kita…..tidak sekadar menyeka air mata kekesalan…..

BERUBAHLAH!!!!


No comments:

Post a Comment