Thursday, July 20, 2017

PENGAJARAN HARI INI…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Aku nak cerita apa yang berlaku petang tadi…..aku telah ditugaskan daripada awal bulan ini oleh ketua aku untuk menelefon ke semua graduan yang akan berkonvo tahun ini. Aku fokus pada kolej-kolej pantai timur terlebih dahulu kerana mereka akan berkonvo paling awal iaitu 5 ogos.

Kira-kira ada hampir 2000 orang graduan, dan aku perlu menelefon, mengesahkan data, dan membuat poster graduan. Selama ini tiada masalah, sehingga petang tadi, apabila aku mula menelefon pelajar-pelajar dari satu kolej ini. Selepas separuh aku Berjaya berhubung dan meminta maklumat serta gambar, aku berhenti seketika untuk solat.

Ketika aku solat, poket seluar aku bergetar, menandakan ada orang telefon aku. Berterusan!!! Selepas selesai solat, aku menelefon semula nombor yang tidak di kenali itu. Aku fikirkan ada graduan yang tidak faham arahan aku untuk menghantar gambar. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali

“Assalamualaikum, ada telefon saya ke tadi?”, aku bertanya

“Waalaikumusalam, kenapa awak minta gambar dan maklumat pelajar saya, untuk apa ye?.....bla bla bla” , terus menyerang aku tanpa memberi ruang untuk aku berterus terang

“Saya, en khairul dari HQ, saya meminta gambar dan maklumat kerana….bla bla bla”, aku mencelah memberi penerangan.

Dan dia berulangkali mengatakan aku menipu.

“Saya sudah perkenalkan diri saya, tetapi puan tidak perkenalkan diri pun”

“Kamu tidak perlu tahu siapa diri saya, saya akan buat aduan kerana kamu mengambil gambar dan maklumat pelajar-pelajar ini”, balasnya dan terus meletakkan telefon

“Okay”, balas aku seorang diri

Aku berjalan dari surau ke tempat duduk aku, aku tanya rakan sekerja aku, ada yang membuat laporan pasal diri aku tak? Sebab kalau buat laporan juga mestilah pada HQ juga dan aku tanyakan juga, pernah tengok nombornya tak? Sebab aku nak berkenalan juga dengan dia. Tiada laporan!!!

Secara automatik rakan sekerja aku bertukar menjadi detektif conan, aku tergelak sahaja. Bagi aku, mungkin ada berlaku salah faham ini. Aku tidak ambil pusing dan meneruskan kerja aku. Rakan-rakan aku memulakan penyiasatan, menelefon kolej-kolej dipantai timur, tetapi hampa kerana tiada staf yang memakai nombor itu.

Datang seorang rakan sekerja perempuan kat tempat aku,

“Kau dah ada nombor dia, kenapa tak check DP whatsapp dia atau telegram dia??”

“Aah”, tidak terfikir aku. Hebatkan seorang perempuan, sampai lubang cacing dia akan cari…hehe. 

Aku pun tengok Whatsappnya, ada gambar. Gambar budak muda, jadi mungkin bukan pensyarah. Aku hantar gambar tu kepada pelajar dari pantai timur yang telah aku Berjaya dapat data-data mereka.

“Awak kenal tak budak ni??”

“Kenal, akan konvo dengan saya nanti”

Yeah!!!! Aku dapat tahu juga siapa yang menghubungi aku tadi!!!

******************************************************
Dalam perjalanan aku balik ke rumah selepas habis kerja tadi, aku menerima panggilan telefon dari budak perempuan yang marah-marah aku tadi.


Aku tersenyum melihat namanya muncul di skrin telefon aku, aku pun menjawabnya. Aku mendengar suaranya di hujung. Agak menggeletar. Bagusnya, dia menelefon aku untuk meminta maaf atas keterlanjurannya. Beraninya dia mengaku kesilapan. Sebenarnya dia risau aku mempermainkan kawannya….Akhirnya, kami yang menjadi rapat heheh


Wednesday, July 12, 2017

PENYOKONG TEGAR SELANGOR DIKESAN!!!!

MERAH KUNING!!!!

SELANGOR!!!!!

Aku kebiasaannya, akan bergaduh dengan seorang pengawal keselamatan Kolej Komuniti Ledang… Bukan bergaduh betul-betul, tetapi saja mendengki antara satu sama lain….itu yang mengeratkan perhubungan kita.

Pengawal Keselamatan ini atau namanya Encik Zamri, merupakan seorang penyokong tegar Selangor walaupun bekerja dan tinggal di Johor hehe. Jadi kebiasaannya, aku menjadi lalang la, akan menyokong pasukan lawan selain Selangor…..Kejap aku sokong Johor, kejap kedah….yang penting adalah pasukan lawan kepada Selangor heheh, saja nak jadi punca gaduh heheh

Walaupun kini aku sudah berpindah ke Putrajaya, peperangan kami masih berterusan heheh…. Petang tadi aku menerima satu whatsapp daripadanya!!!





Tidak pernah luntur semangatnya pada pasukan Selangor hehe... ini salah satu sebab aku rindu pada Kolej Komuniti Ledang....dari pengawal, pelajar, akak-akak cleaner, makcik kafe, staf, pensyarah, dan pengarah semua 'masuk kepala', seronok bekerja di sini....

Jadi kepada adik-adik diluar sana, yang ingin menyambung pelajaran. pilihlah Kolej Komuniti Ledang.....Sangat seronok!!! Pengambilan bulan Julai masih dibuka!!!