Thursday, September 13, 2018

SISA KELAS

Pejam celik, pejam celik.....

Peperiksaan UPSR semakin hampir, lebih kurang 11 hari sahaja lagi....

Debaran semakin terasa, tetapi Cikgu KJ lihat pelajar Cikgu KJ masih rileks je....cikgunya yang berdebar.....mungkin mereka sudah bersedia?

Kelas semalam, Cikgu KJ buat soalan dan perbincangan kertas 2 matematik dari sebuah negeri di utara tanah air. Kalau sesiapa yang biasa membaca kisah Cikgu KJ di facebook, pasti tahu pelajar Cikgu KJ pada awalnya pelajar-pelajar yang lemah matematik, sifir pun tidak tahu, ada yang 1 angka sahaja markah matematiknya. tetapi kini sifir sudah nampak kelancarannya.

Kertas soalan yang Cikgu KJ beri agak mudah, dan Cikgu KJ target pelajar Cikgu KJ akan dapat sekitar 50 markah daripada 60 markah. Alhamdulillah, kebanyakan dapat sekitar 47 hingga 55. Kena usaha lebih sikit, masih ada masa!

Pada mulanya, Cikgu KJ tidak mahu buat kelas lagi sebab peperiksaan sudah hampir, tetapi sebaliknya, ada beberapa orang pelajar baharu menyertai. Jadi kepada adik-adik sekitar tangkak, jom sertai kelas terakhir matematik UPSR bagi tahun 2018 ini pada minggu hadapan iaitu 18 dan 19 september 2018 di Kolej Komuniti Ledang jam 8 sehingga 10 malam.




No comments:

Post a Comment