Friday, January 6, 2017

Popular juga Cikgu KJ!!

Hari ini, Cikgu KJ menguruskan hal-hal di bank...

Biasalah apabila kerja di Johor, Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti....Hari Jumaat lah untuk selesaikan semua urusan di bank

Ketika Cikgu KJ di bank (Maybank Tangkak) tadi sambil menunggu nombor giliran, tetiba pekerja di kaunter (sebaya Cikgu KJ rasanya) memanggil...

"Cikgu"

Cikgu KJ toleh kebelakang, mungkin panggil orang lain, sebab Cikgu KJ tidak mengenalinya.

Dia pun tunjuk ke arah Cikgu KJ

"Mari saya buatkan urusan Cikgu"

Cikgu KJ terpinga-pinga, bagaimana dia tahu diri ini Cikgu. Cikgu KJ ada rupa cikgu ke? hehe Tetapi dah alang-alang, orang panggil, Cikgu KJ laju bangun ke kaunter hehe

Urusan selesai. Cikgu KJ mengucapkan terima kasih. Rasanya dia follow blog dan facebook Kelas Matematik Cikgu KJ ini..... Terima kasih banyak-banyak ye..

Popular juga Cikgu KJ ni.... (mood perasan)

Thursday, January 5, 2017

"Kenapa Bukan Du Cikgu?"

Seperti hari-hari biasa.....Cikgu KJ menjalankan kelas tuisyen Matematik...

Semalam Cikgu KJ mengajar pelajar Tahun 6...Topik yang Cikgu KJ ajar ialah Nilai Tempat seperti Sa, Puluh, Ratus, Ribu dan sebagainya

Dan semalam Cikgu KJ mendapat satu soalan yang agak mencabar juga.....ingatkan ajar topik senang, tiada soalan "luar kotak"

"Cikgu, Nilai tempat paling hujung tu SA kan?"

"Aah...Kenapa ye?"

"SA maknanya satu kan?"

"Aah"

"Tetapi kenapa sebelah SA bukan DU tetapi puluh?"

"DU?"

"Aah mewakili DUA"

Nampak disini bahawa, pelajar ini memahami bahawa nilai tempat adalah satu, dua, tiga dan seterusnya....tetapi sedangkan nilai tempat adalah gandaan 10, Sa (satu), Puluh, Ratus, Ribu dan sebagainya

Pelajar tersebut memandang CIkgu KJ dengan mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Cikgu KJ memikirkan bagaimana hendak memberi kefahaman jawapan yang mudah kepada pelajar tahun 6.

"Ok, cuba kira dari nombor satu sampai 10", kata CIkgu KJ

Pelajar tersebut pun membilang, "Satu - Dua - Tiga - Empat - Lima - Enam - Tujuh - Lapan - Sembilan - Sepuluh"

"Kenapa Sepuluh?", tanya Cikgu KJ

"Betullah lepas sembilan, sepuluh"

"Tadikan kata tempat puluh jadi DU, maka sepatutnya SEDU"

Dia pun gelak berdekah. Kami sambung belajar sampai pukul SEDU!!!!!